Khamis, 13 Mei 2010

AKTIVITI PERKHIDMATAN (PENYELENGGARAAN ASET)

Tarikh : 18 Mei 2010

PERBINCANGAN TIDAK RASMI DENGAN PEGAWAI PERIKANAN G41 (UNIT AKUAKULTUR) JABATAN PERIKANAN NEGERI TERENGGANU

Nama Pegawai :
Pn. Hasniah
(Pegawai Perikanan C41 Unit Akuakultur, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu)

Lokasi / Masa
Pejabat Unit Akuakultur, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu / 10.00 pagi

Tujuan Perbincangan :
1. Mengenalpasti senarai aset-aset yang dipinjamkan oleh Jabatan Perikanan untuk pelaksanaan Projek Akuaponik, KRT Telaga Batin.

2. Mengenalpasti 'Salinan Aset' yang perlu di simpan oleh PTJ AKUATROP sebagai "Daftar Rekod".

3. Perbincangan mengenai tatacara 'Penyelenggaraan' dan 'Hapus Kira' aset-aset di tapak Projek Akuaponik, KRT Telaga Batin.

4. Perbincangan mengenai kerjasama Pengurusan Aset Hidup Projek Akuaponik, KRT Telaga Batin memandangkan pegawai berkenaan juga memegang jawatan Pegawai Aset Hidup Akuakultur, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.
----------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 19 Mei 2010

PENYENARAIAN ASET ALIH KERAJAAN YANG MEMERLUKAN PENYELENGGARAAN BAGI PELAKSANAAN "PROGRAM PENJADUALAN PENYELENGGARAAN ASET ALIH KERAJAAN, PTJ AKUATROP BAGI TAHUN 2010"

Perkara :
1. Semua Bahagian/Unit, Jawatankuasa-Jawatankuasa Penyelidikan PTJ AKUATROP dikehendaki menyenaraikan aset-aset yang memerlukan penyelenggaraan mengikut format yang diberikan dan dihantar kepada Pegawai Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup AKUATROP selewat-lewatnya pada 26 Mei 2010 (Jam 12.00 tengahari).

2- Kegagalan menyenaraikan perkara di atas akan menyebabkan Bahagian/Unit dan Jawatankuasa pihak tuan/puan akan dikeluarkan daripada “Program Program Penjadualan Penyelenggaraan Aset Alih Kerajaan PTJ AKUATROP bagi tahun 2010”

Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan