Khamis, 13 Mei 2010

INFO & PENGUMUMAN TERKINI

JADUAL PEMATUHAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN PTJ AKUATROP 2010

Tarikh : 20 Mei 2010

Perkara :
Dengan segala hormatnya berkuasa 23 Mei 2010 Pelaksanaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) akan dikuatkuasakan sepenuhnya.

Oleh yang demikian. Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup, Institut Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terengganu telah menyediakan Jadual Pematuhan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) PTJ AKUATROP sebagai "Ukuran Pelaksanaan Pengurusan Aset Alih Kerajaan di PTJ ini.

Semua kakitangan PTJ AKUATROP dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan pelaksanaan TPA ini.

Terima Kasih
--------------------------------------------------------------------

INFO TERKINI DARIPADA PEGAWAI ASET ALIH KERAJAAN & ASET HIDUP AKUATROP

Tarikh : 17 Mei 2010

Perkara :
Merujuk kepada arahan daripada Timb. Pengarah PTJ AKUATROP kepada Pegawai Aset Alih Kerajaan dan Aset Hidup, AKUATROP yang dilantik untuk menguatkuasa setiap Prosedur Tatacara Pengurusan Aset Alih (TPA) Kerajaan & Aset Hidup, Jabatan Bendahari UMT pada semua Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup melalui surat perlantikan rasmi Pegawai Aset Alih Kerajaan dan Aset Hidup, AKUATROP bertarikh 11 Mei 2010 (Ruj : UMT/AKUATROP/TP/500-28(09)) dan Senarai Tugasan dan Tanggungjawab yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar UMT (Ruj : UMT/PEND/330 (Pin.1/2009)

Oleh yang demikian, semua Bahagian/Unit, Jawatankuasa-Jawatankuasa Penyelidikan PTJ AKUATROP agar MELAKSANAKAN PROSEDUR TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH (TPA) KERAJAAN & ASET HIDUP, JABATAN BENDAHARI UMT  pada setiap Aset Harta Modal, Inventori & Aset Hidup PTJ AKUATROP berkuatkuasa 23 Mei 2010.

MEMO :
Segala Info berkenaan telah dilampirkan di dalam Surat Rasmi Penguatkuasaan TPA Kerajaan & Aset Hidup di PTJ AKUATROP  dan dihantar kepada semua Bahagian/Unit dan Jawatankuasa-Jawatnkuasa Penyelidikan AKUATROP bertarikh 17 Mei 2010.

-------------------------------------------------------------------------------

INFO TERKINI DARI BAHAGIAN AUDIT DALAMAN UMT
   
Tarikh : 12 May 2010

Perkara :
JABATAN AUDIT NEGARA AKAN MELAKSANAKAN PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DI UMT BERMULA PADA 23 MEI SEHINGGA 03 JUN 2010.

PENGAUDITAN INI MELIPUTI 8 ELEMEN KAWALAN SEPERTI BERIKUT :
1. Kawalan Pengurusan  2. Kawalan Bajet 3. Kawalan Terimaan 4. Kawalan Perbelanjaan 5. Pengurusan Akaun Amanah & Kump. Wang Amanah 6. Pengurusan Aset dan Inventori 7. Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman 8. Analisis Penyata Kewangan.

Skop pengauditan meliputi tahun 2009 sehingga April 2010.

Hasil daripada pengauditan ini, satu penilaian akan dibuat untuk memberi penarafan terhadap prestasi pengurusan kewangan UMT.

Sehubungan dengan itu dipohon semua PTJ agar dapat memberi kerjasama yang sewajarnya dan pada bila-bila masa hendaklah bersedia dengan rekod dan dokumen yang diperlukan sepanjang tempoh pengauditan dijalankan.

DIANTARA PERKARA YANG PERLU DIBERI PENEKANAN OLEH PIHAK PTJ ADALAH ASPEK PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI SEPERTIMANA BERIKUT :
1. Daftar harta modal dan inventori  2. Senarai harta modal dan inventori  3. Laporan verifikasi stok/Pemeriksaan aset  4. Senarai Aset di Lokasi  5. Surat Perlantikan Pegawai Aset  6. Surat Perlantikan Lembaga Pemeriksaan  7. Fail kenderaan rasmi UMT 8. Buku Log Kenderaan  9. Rekod Kad Inden  10. Rekod Kad 'Touch & Go' 
11. Rekod Penyelenggaraan Kenderaan  12. Laporan kehilangan dan hapuskira


MEMO :
Perhatian kepada Mantan Pegawai Aset AKUATROP - En. Muhammad Haniff Mohd Yusoff dan Pen. Pendaftar AKUATROP- Cik Wan Zawati Wan Jaafar.

Sila pastikan setiap perkara di atas hendaklah dikemaskini dan segala fail, rekod dan dokumentasi dihantar kepada Pegawai Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup AKUATROP sebelum 19 Mei 2010.

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan