Khamis, 13 Mei 2010

AKTIVITI PERKHIDMATAN (PENGGUNAAN, PENYIMPANAN & PEMERIKSAAN ASET)

Tarikh : 16 Mei 2010

BENGKEL "NIKON CONFOCAL MICROSCOPE APPLICATION AND LIVE CELL IMAGING WORKSHOP" AKUATROP 2010

Perkara :

Arahan kepada Pengarah Program Bengkel "NIKON Confocal Microscope Application & Live Cell Imaging Workshop" AKUATROP 2010 agar mendapatkan "Surat Jaminan Tanggungjawab" daripada pembekal program tersebut untuk memastikan aset pembekal  yang diletakkan di PTJ AKUATROP adalah menjadi tanggungjawab pembekal itu sendiri.

2. Sekiranya Pengarah Program gagal mendapatkan "Surat Jaminan Tanggungjawab" daripada pembekal, maka Pengarah Program bertanggungjawab terhadap aset tersebut di bawah Peraturan  Perkara 16.2 - Penyimpanan Aset - Tatacara Penggunaan Aset Alih (TPA) Kerajaan, Jabatan Bendahari UMT sepanjang bengkel di jalankan.

3.  Mengesyorkan agar peserta bengkel yang akan menggunakan mana-mana aset PTJ AKUATROP semasa pengendalian bengkel dan program tersebut diberikan 'PAS KEBENARAN" penggunaan aset untuk tujuan keselamatan aset.

4. Arahan kepada Pengarah Program Bengkel "NIKON Confocal Microscope Application & Live Cell Imaging Workshop" AKUATROP 2010 agar menyenaraikan nama peserta kepada Pegawai Aset Alih Kerajaan dan Aset Hidup, AKUATROP sebagai langkah keselamatan aset sepanjang program dijalankan.

------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 17 Mei 2010

LAWATAN TIDAK RASMI KE TAPAK PROJEK AKUAPONIK, KRT TELAGA BATIN & HATCHERI KELAH AKUATROP

Tujuan Lawatan :
1. Melihat tapak pelaksanaan projek
2. Mengenalpasti Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup di tapak projek
3. Mengenal pasti permasalahan Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup di tapak projek
-------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 18 Mei 2010

LAWATAN TIDAK RASMI KE HATCHERI AIR MASIN AKUATROP

Tujuan Lawatan :
1. Melihat tapak pelaksanaan projek
2. Mengenalpasti Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup di tapak projek
3. Mengenalpasti permasalahan Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup di tapak projek
-------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 19 Mei 2010

PENGUATKUASAAN PERKARA 15.1 & 15.2 (PENGGUNAAN ASET) DAN 16.1, 16.2 & 16.3 (PENYIMPANAN ASET) TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH (TPA) KERAJAAN, JABATAN BENDAHARI UMT  DI MAKMAL DAN HATCHERI PENYELIDIKAN AKUATROP

Perkara :

Semua Bahagian/Unit & Jawatankuasa Penyelidikan PTJ AKUATROP diwajibkan menguatkuasakan pekara di atas berkuatkuasa 23 Mei 2010.

Oleh yang demikian, semua Bahagian/Unit, Jawatankuasa-Jawatankuasa Penyelidikan diwajibkan untuk :

i- Melaksanakan semua Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Jabatan Bendahari UMT pada semua Aset Harta Modal dan Aset Inventori di bahagian/unit masing-masing.

ii- Menyenaraikan “Daftar Pengguna” yang menggunakan aset-aset di makmal dan hatcheri yang di pertanggungjawabkan (Sila Rujuk Lampiran).

iii- Mewajibkan para pengguna untuk mengikuti setiap peraturan makmal dan hatcheri yang diwartakan.

iv- Mewajibkan para pengguna melabelkan projek penyelidikan mereka pada aset-aset yang digunakan untuk tujuan rekod.

v- Mewajibkan para pengguna membersihkan aset-aset yang digunakan semasa dan selepas penyelidikan dilaksanakan.

Sekiranya gagal mematuhi peraturan di atas, pegawai yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan termasuk surcaj di bawah Seksyen 18 (c) Akta Prosedur Kewangan 1957. Manakala pengguna yang gagal mematuhi peraturan di atas akan dikenakan tindakan mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.
----------------------------------------------------------------------------------

Tarikh 24 Mei 2010

LAWATAN TIDAK RASMI KE MAKMAL PENYELIDIKAN AKUATROP

Tujuan Lawatan :
1. Memastikan pelaksanaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Jabatan Bendahari UMT dikuatkuasakan di seluruh Makmal Penyelidikan AKUATROP.
2. Pemeriksaan Susun Atur Aset dan Menyemak Penyenaraian Peraturan Makmal UMT serta Buku Log di setiap Makmal Penyelidikan AKUATROP.
------------------------------------------------------------------------------------ 

Tarikh : 25 Mei 2010

ARAHAN PEMATUHAN PELAKSANAAN ASET ALIH KERAJAAN (PENGANGKUTAN)
PTJ AKUATROP 2010

Perkara :

Arahan kepada Pemandu yang dilantik oleh PTJ AKUATROP dikehendaki melaksanakan Jadual Pematuhan Aset Alih Kerajaan (Pengangkutan) AKUATROP 2010 seperti berikut :

3.1  Merujuk kepada Para 7.3.2, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980, Buku Log Kenderaan hendaklah disediakan dengan lengkap dan kemaskini serta disemak secara berkala seperti aturan tersebut :

i- Membuat rekod log setiap hari

ii- Keratan Salinan Asal Buku Log yang telah dicatit hendaklah diserahkan kepada Pegawai Pengangkutan AKUATROP dan difailkan dalam fail kenderaan yang berkenaan.

iii- Menyelenggara Buku Log dengan teratur dan kemaskini di mana :
 Nama dan tandatangan pegawai yang memberi kuasa dipenuhi.
 Nama dan tandatangan pegawai yang menggunakan kenderaan dicatat.
 Penggunaan minyak bulanan dikira (Sila rujuk kepada Pem. Tadbir (P/O))
 Kiraan batu/km hendaklah dibuat (Sila rujuk kepada Pem. Tadbir (P/O))

3.2 Merujuk kepada Para 7.5.1, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980, kenderaan hendaklah diselenggara mengikut tempoh dan jarak.

3.3 Merujuk kepada Para 7.5.3, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980, Merekod Kos Penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan dalam Fail Kenderaan dan Fail Harta Modal.

3.4 Resit Pembelian minyak dan Kad Inden Elektronik hendaklah diserahkan setiap hari kepada Pegawai Pengangkutan AKUATROP (sekiranya mempunyai tugasan luar, perkara yang berkiatan di atas WAJIB diserahkan kepada Pegawai Pengangkutan AKUATROP dengan kadar segera)

Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan