Khamis, 13 Mei 2010

LAPORAN MINGGUAN MEI 2010 (MINGGU KETIGA)

BULAN MEI
MINGGU KETIGA (16-20 MEI 2010)

TUGASAN UTAMA

1. PENGURUSAN PENGGUNAAN. PENYIMPANAN & PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN PTJ AKUATROP

1.1 Arahan kepada Pengarah Program “Bengkel "NIKON Confocal Microscope Application & Live Cell Imaging Workshop" 2010 untuk menyerahkan “Surat Jaminan Tanggungjawab” daripada Pembekal program.

1.2 Lawatan tidak rasmi ke Tapak Projek AKUAPONIK, KRT Telaga Batin & Hatcheri Kelah AKUATROP.

1.3  Arahan kali kedua kepada Pengarah Program “Bengkel "NIKON Confocal Microscope Application & Live Cell Imaging Workshop" 2010 untuk menyerahkan “Surat Jaminan Tanggungjawab” daripada Pembekal program.

1.4 Lawatan tidak rasmi ke Hatcheri Air Masin,  Bilik Kabin AKUATROP & Makmal Penyelidikan AKUATROP.

1.5  Arahan Penguatkuasaan Peraturan Perkara 15.1, 15.2 (Penggunaan Aset) Perkara 16.1, 16.2 dan 16.3 (Penyimpanan Aset) Tatacara Pengurusan Aset Alih (TPA) Kerajaan & Aset Hidup, Jabatan Bendahari UMT di semua Makmal dan Hatcheri Penyelidikan AKUATROP kepada Bahagian /Unit dan Semua J/Kuasa Penyelidikan PTJ AKUATROP.


2. PENGURUSAN PENYELENGGARAAN ASET ALIH KERAJAAN PTJ AKUATROP

2.1  Perbincangan tidak rasmi dengan Pegawai Perikanan G41 (Unit Akuakultur) Jabatan Perikanan Negeri Terengganu - Pn. Hasniah binti Ali mengenai perkara yang berkaitan Pengurusan Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup Projek Akuaponik, KRT Telaga Batin

2.2  Arahan penyenaraian Aset Alih Kerajaan setiap Bahagian/Unit dan Jawatankuasa Penyelidikan AKUATROP untuk pelaksanaan “Program Penjadualan Penyelenggaraan Aset Alih Kerajaan PTJ AKUATROP 2010”


TUGASAN LAIN

1.  PENGURUSAN SEMINAR / BENGKEL & KURSUS LATIHAN PEGAWAI

1.1  Permohonan menghadiri Program MLab 2010, KLCC, Kuala Lumpur pada 8 hingga 10 Jun 2010

1.2  Permohanan untuk menyertai Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil. 03/10 - 180302 di Intan Kampus Wilayah Selatan pada 7 hingga 9 Mei 2010.

1.3 Permohonan untuk menyertai Bengkel Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira Bil. 03/10 - di Intan Kampus Wilayah Selatan pada 21 hingga 23 Mei 2010.


2. TUGASAN LAIN YANG BERKAITAN :

2.1  Arahan kepada Mantan Pegawai Aset AKUATROP dan Pen. Pendaftar AKUATROP (Peg. Pengangkutan) untuk mengemaskini Fail, Dokumentasi dan Rekod Aset Alih Kerajaan PTJ AKUATROP dan dihantar untuk pemeriksaan Pegawai Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup AKUATROP sebelum 19 Mei 2010. Tujuan arahan tersebut berikutan pemeriksaan yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara di semua PTJ Universiti Malaysia Terengganu.

2.2  Menghantar "Jadual Pematuhan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan bagi PTJ AKUATROP 2010" kepada Timb. Pengarah AKUATROP bagi menyokong pelaksanaan Prosedur Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan di PTJ AKUATROP secara "Total" berkuatkuasa 23 Mei 2010.

2.3  Mengesyorkan kepada Pengurusan Tertinggi AKUATROP untuk melantik Pegawai Pemeriksa dan Peg. Pengangkutan PTJ AKUATROP sebagai ahli j/kuasa sokongan Pegawai Aset Alih Kerajaan & Aset Hidup AKUATROP bagi tahun 2010.

Memo :
Segala Laporan Penuh berkaitan Aset Alih Kerajaan dan Aset Hidup PTJ AKUATROP akan diusulkan pada Mesyuarat Pengurusan AKUATROP kali ke-3 Bil 3/2010 pada 31 Mei 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan