Rabu, 7 Julai 2010

OBJEKTIF. MISI DAN VISI


OBJEKTIF PENUBUHAN :
Objektif Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Aset Hidup  dan Aset Kenderaan, Institut Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terengganu ialah :

1. Menguatkuasa dan memastikan setiap Jawatankuasa PTJ AKUATROP yang dilantik melaksanakan Prosedur Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) dan Aset Hidup Ikan (TPI), Jabatan Bendahari UMT secara "TOTAL". 

2. Memastikan setiap kakitangan dan pensyarah PTJ AKUATROP (samaada yang terlibat dengan Jawatankuasa Penyelidikan atau Pengurusan Pentadbiran PTJ) melaksanakan Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Aset Hidup Ikan  dan Aset Kenderaan secara telus, efisyen dan sistematik.

3. Memastikan tidak akan berlaku "penyelewengan" dan "salah guna kuasa" semasa mengurus, membeli, menerima, mendaftar, mengguna, menyimpan, memeriksa, menyelengara dana apa jua yang berkaitan dengan Aset Alih Kerajaan, Aset  Hidup Ikan dan Aset Kenderaan milik PTJ AKUATROP.

4. Menjadi "Penanda Aras Kecemerlangan" PTJ AKUATROP secara TOTAL.


MISI
Misi Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Aset Hidup dan Aset Kenderaan, Institut Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terengganu ialah untuk memastikan Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Aset Hidup dan Aset Kenderaan PTJ AKUATROP dilaksanakan secara adil, akauntabiliti dan bebas sekaligus menepati 'filosopi' jawatankuasa ini untuk menjadi "Jawatankuasa Pelaksana" yang berkarisma, berintegriti dan profesional.


VISI
Visi Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Aset  Hidup dan Aset Kenderaan, Institut Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terengganu ialah untuk membawa kecemerlangan kepada Institut Akuakultur Tropika dan Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang akuakultur dan pengurusan akuakultur seterusnya bersama-sama menjayakan 'transformasi' yang dianjurkan oleh kerajaan.
 
 
 "MEMBANGUN BERSAMA UMT"
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan